PERBAIKI SOLAT ANDA

PENDIDIKAN ISLAM KBSM

 
DEMI MASA

PENGUMUMAN








PENGUMUMAN PENTING
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, BLOG INI SEDANG DIBANGUNKAN DAN MASIH DALAM PROSES MENAIK TARAF. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. TERIMA KASIH.

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

SIFAT SOLAT NABI 1
SIFAT SOLAT NABI 2
SIFAT SOLAT NABI 3
SIFAT SOLAT NABI 4
SIFAT SOLAT NABI 5
SIFAT SOLAT NABI 6
SIFAT SOLAT NABI 7
SOLAT SUBUH
bid ah dalam solat 1
bid ah dalam solat 2
bid ah dalam solat 3
bid ah dalam solat 4
bid ah dalam solat 5
bid ah dalam solat 6
bid ah dalam solat 7
SUNAT HAI'AH
Thursday, October 23, 2008
Sunat hai'ah ialah sunat-sunat di dalam solat yang sekiranya ditinggalkan tidak perlu kita gantikan dengan Sujud Sahwi. Sunat-sunat tersebut ialah :
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika Takbiratul Ihram, ketika ruku’, dan ketika bangun dari ruku’ (rujuk hadis riwayat Bukhari 750 dan Muslim 390)
  • Meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri (rujuk hadis riwayat Muslim 401 dan al-Nasa’I 2/126)
  • Memandang ke tempat sujud (seperti yang telah dijelaskan)
  • Memulakan solat selepas takbir dengan bacaan doa Iftitah (seperti yang telah dijelaskan)
  • Menyaringkan bacaan dan memperlahankan pada tempat-tempatnya.

Sunat bagi imam dan orang yang solat bersendirian menyaringkan bacaan ketika solat subuh, dua rakaat yang pertama solat Maghrib, I’sya’, Jumaat, solat dua hari raya, solat gerhana bulan, solat tarawih, dan solat witir bulan Ramadhan. Sementara solat yang lain sunat memperlahankan bacaan. Hal ini dapat dilihat dalam hadis yang banyak antaranya :

i. Riwayat Bukhari 733, 735, 739, 745, 713, 738,

ii. Riwayat Muslim 463, 464, 449, 451, 396

iii. Riwayat Abu Daud 823, 824

iv. Riwayat Al-Nasai 2/141 dan banyak lagi

  • Mengucap amin ketika selesai bacaan fatihah

Hal ini berdasarkan hadis-hadis berikut :

i. Riwayat Bukhari 748, 747

ii. Riwayat Muslim 410

iii. Riwayat Abu Daud 934

  • Membaca Al-Quran selepas Fatihah (seperti yang telah dijelaskan)
  • Bertakbir ketika berpindah rukun (seperti yang telah dijelaskan)
  • Bertasbih ketika ruku’ dan sujud’ (seperti yang telah dijelaskan)
  • Meletekkan ke dua-dua belah tangan di atas peha pada ke dua-dua duduk tasyahud (seperti yang telah dijelaskan)
  • Duduk tawarruk ketika duduk yang akhir dan duduk iftirasy pada duduk yang lain. Cara duduk tawarruk adalah dengan duduk di atas punggul kiri sambil menegakkan tapak kaki kanan serta menghulurkan tapak kaki kiri melalui bawahnya. Sementara duduk Iftirasy pula ialah duduk di atas buku lali kaki kiri sambil menegakkan tapak kaki kanan di atas hujung jari-jarinya. (sila rujuk hadis riwayat Bukhari 794)
  • Membaca selawat Ibrahimiyyah dan berdoa selepas tasyahud akhir
  • Selawat ke atas Nabi merupakan rukun ketika Tasyahud Akhir yang boleh dilakukan dengan sebarang lafaz selawat. Sementara pilihan selawat Ibrahimiyyah sebagaimana yang telah disebutkan adalah sunat.
  • Mengucap salam yang ke dua (seperti yang telah dijelaskan)
  • Sentiasa khusyu’ pada sepanjang solat. (rujuk hadis riwayat Muslim 228)
posted by MOHAMMAD FAKRUDIN @ 7:44 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: MOHAMMAD FAKRUDIN
Home: dungun, terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Cadangan RPH
Archives
My Blog Links
RAKAN P&P
Berdiri tegak dan memandang tempat sujud


Takbir Ratulihram




Membaca doa iftitah, isti'azaz, fatihah dan satu surah lain



Bertakbir kerana hendak sujud




Ruku'




I'tidal (kembali berdiri selepas Ruku')



Sujud





Duduk antara 2 Sujud





Duduk Tahyat Awal







Duduk Tahyat Akhir







Salam ke Kanan




Salam ke Kanan




Powered by

BLOGGER

© PERBAIKI SOLAT ANDA Blogspot Template by Isnaini Dot Com