Sunat Ab’ath semasa solat Perkara sunat yang sangat dituntut untuk melakukannya ketika bersolat. Jika kita terlupa melakukannya, kita disunatkan untuk sujud sahwi sebagai menampung kekurangan tersebut. Perkara sunat tersebut ialah : i. Tasyahud Awal ii. Berselawat keatas nabi selepas tasyhud awal iii. Duduk bagi tasyahud awal iv. Berselawat keatas keluarga nabi selepas tasyahud awal v. Membaca qunut Membaca qunut adalah semasa I’tidal dalam rakaat yang ke dua ketika solat subuh dan dalam rakaat yang terakhir ketika bersolat witir pada separuh yang kedua bulan Ramadhan. Begitu juga dalam rakaat yang terakhir pada mana-mana solat bagi qunut nazilah. Hal ini berdasarkan hadis yang banyak antaranya : i. Riwayat Bukhari 956 ii. Riwayat Muslim 677 iii. Riwayat Abu Daud 1425, 1428 iv. Riwayat Al-Tirmizi 464 dan banyak lagi |