PERBAIKI SOLAT ANDA

PENDIDIKAN ISLAM KBSM

 
DEMI MASA

PENGUMUMAN








PENGUMUMAN PENTING
KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, BLOG INI SEDANG DIBANGUNKAN DAN MASIH DALAM PROSES MENAIK TARAF. SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. TERIMA KASIH.

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

SIFAT SOLAT NABI 1
SIFAT SOLAT NABI 2
SIFAT SOLAT NABI 3
SIFAT SOLAT NABI 4
SIFAT SOLAT NABI 5
SIFAT SOLAT NABI 6
SIFAT SOLAT NABI 7
SOLAT SUBUH
bid ah dalam solat 1
bid ah dalam solat 2
bid ah dalam solat 3
bid ah dalam solat 4
bid ah dalam solat 5
bid ah dalam solat 6
bid ah dalam solat 7
ORANG YANG WAJIB BERSOLAT
Friday, October 24, 2008

Solat diwajibkan atas setiap lelaki dan perempuan yang waras, cukup umur dan suci. Solat tidak wajib keatas orang kafir iaitu tidak wajib dituntut melaksanaknnya semasa diduniakerana solatnya tidak sah. Pemerintah juga tidak boleh mengenakan hukuman kepada mereka kerana tidak bersolat berbeza dengan orang Islam yang meninggalkan solat. Orang Islam yang meninggalkan solat wajib dijatuhkan hukuman menurut hukum Islam oleh pemerintah Islam. Walaubagaimanapun, orang kafir wajib menerima seksaan di Akhirat kerana mereka boleh melakukan solat dengan memeluk agama Islam.

Solat juga tidak wajib atas kanak-kanak kerana mereka tidak mukallaf, orang gila kerana mereka tidak siuman, dan perempuan yang kedatangan haid atau nifas kerana solat mereka tidak sah disebabkan ada halangan hadas pada kedua-duanya.

Orang kafir yang memeluk Islam tidak dituntut mengqada’ apa-apa kewajipan yang tidak dikerjakan oleh mereka semasa dalam kekafiran sebagai tarikan kepada agama Islam. Firman Allah s.w.t :

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka Yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana Sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.

Surah al-Anfal ayat 38

Walaubagaimanapun, orang yang murtad selepas kembali kepada Islam wajib mengqada’kan semua kewajipan yang ditinggalkan oleh mereka semasa mereka menjadi kafir. Ini sebagai amaran keras kepada orang Islam yang hendak menjadi murtad.

Manakala bagi perempuan yang meninggalkan solat kerana haid atau nifas, mereka tidak diwajibkan untuk mengqada’kan solat yang tidak dikerjakan semasa dalam haid dan nifas srpaya tidak menyusahkan mereka. Begitu juga tidak diwajibkan qada’atas orang gila dan pitam selepas mereka pulih daripada penyakit tersebut. Hal ini berdasarkan hadis berikut :

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال " رفع القلم عن ثلاثة عن الننائم حتى يستيقظ وعن الصبي حتى يحتلم وعن المجنون حتى يعقل

Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w, “tidak dicatatkan dosa dari tida golongan : orang yang tidur hingga dia jaga, kanak-kanak hingga dia baligh dan orang gila hingga dia siuman.”

Hadis riwayat Abu Daud (4403) dan yang lainnya

Hadis ini menerangkan tentang orang gila sebagai antara golongan yang terlepas daripada tuntutan syara’. Oleh itu bolehlah diqiaskan pula kepada sesiapa yang hilang ingatan akibat daripada keuzurannya. Walaupun orang yang tidur juga termasuk dalam hadis ini, tetapi dia wajib mengqada’kan solat berdasarkan hadis lain

من نام عن صلاة أو نسيها فليصلها

Maksudnya: sesiapa yang tidur sehingga tertinggal solat atau terlupa solat hendaklah melakukannya.

Hadis riwayat Abi ya’la (3086). Sanad hadis ini soheh.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang berumur tujuh tahun wajib bersolat, dan dirotan jika meninggalkannya setelah berumur sepuluh tahun untuk membiasakannya melakukan solat. Hal ini berdasarkan hadis berikut :

قال النبي صلى الله عليه وسلم " مروا الصبي بالصلاة إذا بلغ سبع سنين وإذا بلغ عشر سنين فاضربوه عليها "

Maksudnya : suruhlah kanak-kanak melakukan solat apabila berumer tujuh tahun dan apabila berumur sepuluh tahun hendaklan kamu rotan jika dia meninggalkannya.

Hadis riwayat Abu Daud (494). Hadis ini bertaraf Hasan sahih

posted by MOHAMMAD FAKRUDIN @ 12:45 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me

Name: MOHAMMAD FAKRUDIN
Home: dungun, terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Cadangan RPH
Archives
My Blog Links
RAKAN P&P
Berdiri tegak dan memandang tempat sujud


Takbir Ratulihram




Membaca doa iftitah, isti'azaz, fatihah dan satu surah lain



Bertakbir kerana hendak sujud




Ruku'




I'tidal (kembali berdiri selepas Ruku')



Sujud





Duduk antara 2 Sujud





Duduk Tahyat Awal







Duduk Tahyat Akhir







Salam ke Kanan




Salam ke Kanan




Powered by

BLOGGER

© PERBAIKI SOLAT ANDA Blogspot Template by Isnaini Dot Com