DEMI MASA |
|
PENGUMUMAN |
|
SIFAT SOLAT NABI 1 |
|
SIFAT SOLAT NABI 2 |
|
SIFAT SOLAT NABI 3 |
|
SIFAT SOLAT NABI 4 |
|
SIFAT SOLAT NABI 5 |
|
SIFAT SOLAT NABI 6 |
|
SIFAT SOLAT NABI 7 |
|
SOLAT SUBUH |
|
bid ah dalam solat 1 |
|
bid ah dalam solat 2 |
|
bid ah dalam solat 3 |
|
bid ah dalam solat 4 |
|
bid ah dalam solat 5 |
|
bid ah dalam solat 6 |
|
bid ah dalam solat 7 |
|
|
PERANAN SOLAT |
Friday, November 28, 2008 |
Allah s.w.t telah mewajibkan kepada manusia solat lima waktu. Ketetapan Allah ini adalah bukan sesuatu perkara yang sia-sia bahkan ia memberi kebaikan yang banyak kepada manusia yang mana manusia yang terbatas fikirannya tidak mampu untuk memikirkan kelebihannya. Solat memainkan peranan yang penting kepada umat islam. Antara peranan solat ialah :
- Solat merupakan kepala segala ibadat. Solat yang sempurna boleh membawa kepada kesempurnaan ibadat-ibadat lain seperti puasa, zakat, haji dan segala amalan baik yang lain.
- Solat merupakan tiang agama. Orang yang melakukan solat bermakna orang tersebut telah mendirikan agama dalam dirinya, manakala orang yang meninggalkan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya.
- Solat merupakan amalan yang pertama yang akan dihisab pada hari pembalasan kelak. Sesiapa yang yang baik perhitungan solatnya nescaya mudahlah perhitungan amalannya yang lain.
- Solat merupakan garis pemisah antara orang islam dengan bukan islam. Orang yang tidak melakukan solat bermakna mereka telah menyerupai orang bukan islam.
- Solat menjadi ukuran perkembangan islam di sesuatu kawasan. Kawan yang ada mendirikan solat di masjid atau surau menunjukkan kawasan tersebut menerima seruan islam. Tetapi sebaliknya bagi kawasan yang tidak didirikan solat dikawasan itu menunjukkan kawasan itu tidak menerima islam dan tiada rahmat.
- Solat yang semperna dan khusyu’ menjadi jaminan untuk masuk syurga. Sabda Rasulullah s.a.w :
خمس صلوات كتبهن الله عز وجل على العباد فمن جاء بهن لم يضيع منهن شيئا استخفافا بحقهن كان له عند الله عهد أن يدخله الجنة ومن لم يأت بهن فليس له عند الله عهد إن شاء عذبه وإن شاء أدخله الجنة.(رواه الدارقطني ومسلم وابن حبان)
Maksudnya : Lima solat yang diwajibkan ke atas hambanya, maka barang siapa yang menegakkan solat itu dan tidak mengsia-siakannya kerana mengganggap enteng dengan kewajipan solat itu, maka ia telah memiliki janji dengan Allah, bahawa Allah memasukkannya kedalam syurga. Dan barang siapa yang tidak mengerjakan solat yang lima itu, maka tiadalah ia mempunyai janji dengan Allah, jika ia kehendaki ia diseksa, dan jika ia inginkan dimasukkan-Nya ke dalam syurga. (hadis riwayat Daraquthni, muslim dan Ibnu Hibban) |
posted by MOHAMMAD FAKRUDIN @ 10:44 AM  |
|
|
|
About Me |

Name: MOHAMMAD FAKRUDIN
Home: dungun, terengganu, Malaysia
About Me:
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Cadangan RPH |
|
Archives |
|
My Blog Links |
|
RAKAN P&P |
|
Berdiri tegak dan memandang tempat sujud |

|
Takbir Ratulihram |



|
Membaca doa iftitah, isti'azaz, fatihah dan satu surah lain |


|
Bertakbir kerana hendak sujud |



|
Ruku' |



|
I'tidal (kembali berdiri selepas Ruku') |


|
Sujud |




|
Duduk antara 2 Sujud |




|
Duduk Tahyat Awal |






|
Duduk Tahyat Akhir |






|
Salam ke Kanan |



|
Salam ke Kanan |



|
Powered by |
 |
|